10 Muharram

PERISTIWA 10 MUHARRAM

1. Pendaratan Bahtera Nabi Allah Nuh ‘alaihis salam

2. Mulai hujan turun ke bumi
TC
3. Sayyidina Adam ‘alaihis salam turun ke bumi dari syurga

4. Diterima taubat oleh Allah ta’ala akan Nabi Adam ‘alaihis salam

5. Sembuh penyakit Nabi Allah Ayyub ‘alaihis salam

6. Diterima taubat Nabi Allah Daud ‘alaihis salam

7. Keluar Nabi Allah Yunus ‘alaihis salam dari perut ikan nun

8. Dilahirkan Nabi Allah Ibrahim ‘alaihis salam

9. Terlepas Nabi Allah Ibrahim daripada terbakar oleh Raja Namruz

10. Dikurnia Allah ta’ala akan gelaran Nabi Allah Ibrahim Kholilullah

11. Dikurnia kerajaan besar kepada Nabi Allah Sulaiman ‘alaihis salam

12. Ambil balik oleh Allah ta’ala akan kerajaan Nabi Allah Sulaiman

13. Diangkat Nabi Allah Idris ‘alaihis salam ke langit

14. Terselamat Nabi Allah Musa ‘alaihis salam daripada dibunuh oleh firaun

15. Diangkat Nabi Allah Isa ‘alaihis salam ke langit

16. Terbunuh Sayyidina Husain ‘alaihis salam di padang pasir Karbala, Iraq

17. Dilepaskan Nabi Allah Yusuf ‘alaihis salam daripada penjara

18. Diturunkan kitab Taurat kepada Nabi Allah Musa ‘alaihis salam

19. Hari dijadikan Allah ta’ala akan bumi

20. Hari dijadikan Nabi Allah Adam ‘alaihis salam dan dijadikan Qolam dan Malaikat Allah Sayyidina Jibril ‘alaihis salam

21. Dikembalikan semula penglihatan Nabi Allah Ya’akob ‘alaihis salam

Catatan ini diambil dalam kitab Tafsirul Jamal dari Surah Yusuf m/s 482.

Dicatat pada hari Selasa 10 Muharram 1425 Hijriyah bersamaan 2 Mac 2004.

(Tulisan tangan Tuan Guru Hj Ali bin Tuan Guru Hj Ahmad bin Syeikh Tuan Hussin Kedah Al-Banjari rahimahumullah)

Cc: Pondok Ledang

Sedekah.

BENCANA Terhalang Dengan Sedekah

Diceritakan oleh seorang Imam bahawa ada seorang lelaki yang mengalami masalah jantung dan perlu dibedah dengan segera di Jerman. Namun pembedahan tersebut berisiko kerana pembuluh darah jantungnya hampir tersumbat. Apabila dikhabarkan bahawa pembedahan tersebut hanya 50-50 akan berjaya, beliau benar-benar merasakan bahawa sudah tidak ada banyak peluang untuk hidup.

Lantas beliau meminta kebenaran untuk kembali kepada keluarga dan rakan-rakan buat beberapa hari (di Mesir), untuk berjumpa mereka dan meminta maaf – pertemuan tersebut mungkin menjadi pertemuan terakhir.

Pada suatu hari, ketika berjalan, beliau melihat seorang perempuan sedang mengutip sisa tulang yang dibuang oleh pemotong daging di suatu jalan. Lalu beliau bertanya,

“Apa yang sedang engkau lakukan”

“Aku mengutip tulang buat anakku, sudah dua tahun dia tidak merasanya”

Lalu beliau berkata kepada pemotong daging tersebut supaya membekalkan daging secukupnya kepada perempuan tersebut dan anaknya – beliau akan membayarnya sepanjang tempoh setahun.

Perempuan yang dibantunya mula berdoa kepada Allah agar lelaki tersebut diberikan kesihatan, dikabulkan segala doa dan keinginannya.

Lelaki tersebut kemudian kembali semula ke Jerman untuk melalui pembedahan jantung. Ketika melakukan pemeriksaan terakhir sebelum pembedahan, doktor terkejut dan bertanya,

“Hospital mana yang telah kamu pergi?”

“Tidak, aku tidak ke mana-mana hospital”

Apa yang terjadi?

Pembuluh darah jantungnya telah benar-benar terbuka, sehingga beliau tidak memerlukan sebarang pembedahan!

Kuasanya Allah yang telah menyembuhkan, berkat sedekah yang telah beliau lakukan.

Rasulullah SAW bersabda:

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(HR. Imam At-Thabrani – disahihkan oleh Al-Albani)

Cerita ini bukan menunjukkan bahawa kita hanya perlu bersedekah apabila melalui kesusahan. Usaha untuk mengubati, berjumpa doktor, menerima rawatan masih diperlukan namun dalam masa yang sama bersedekah dan berdoalah kepada Allah, kerana hakikatnya Allah lah yang mampu mengabulkan apabila Dia berkata,

“Kun, fayakun”
(Jadi, maka jadilah!)

Laut.

Sajak Mursyid untuk dibacakan pada hari *Jumaat 4hb Februari 2022*

*KALAULAH LAUT ITU NERAKA*

Kalaulah Neraka itu macam laut,
sudah cukup mengerikan.
Kalaulah Neraka itu macam laut,
sudah cukup menakutkan.
Kalaulah Neraka itu macam laut,
rasa tercabut sendi-sendi tulang.
Kalaulah Neraka itu macam laut,
sudah cukup menginsafkan.
Betapa tidak.
Lihatlah, renunglah!
Luasnya tidak dapat dicapai oleh mata.
Dalamnya tidak dapat hendak dikata.
Ombaknya melambung, membumbung, menggulung, menghempas, memulas ganas.
Suaranya menggerunkan, menggoncangkan jantung.
Menelan apa saja.
Sebanyak mana pun habis dibahamnya.
Kalau Neraka yang betul-betul,
Neraka itu bagaimana agaknya?
Tentu jauh lebih dahsyat dari itu.
Ia paling menakutkan dari segala yang menakutkan.
Ia paling menggerunkan dari segala yang menggerunkan.
Dalamnya menggerunkan hati.
Barang yang jatuh, 70 tahun baru sampai di bawahnya.
Panasnya 70 kali kepanasan api dunia.
Luasnya tidak dapat dikira.
Di dalamnya 19 uporang Malaikat Zabaniah
yang bengisnya tidak ada taranya,
mencemeti manusia setiap waktu.
Siapa yang tahan menanggungnya?
Suaranya menggerunkan hati.
Waktu ditanya pada Neraka, sudahkah kamu kenyang?
Adakah tambahan lagi!
Aku mahu lagi!
Aku belum kenyang lagi.
Begitulah jawapan api.

*IMAM MURSYID WONOSOBO*

Jam: 9.20 malam
Prabumulih, Sumatera.
03.02.1990