Sedekah.

BENCANA Terhalang Dengan Sedekah

Diceritakan oleh seorang Imam bahawa ada seorang lelaki yang mengalami masalah jantung dan perlu dibedah dengan segera di Jerman. Namun pembedahan tersebut berisiko kerana pembuluh darah jantungnya hampir tersumbat. Apabila dikhabarkan bahawa pembedahan tersebut hanya 50-50 akan berjaya, beliau benar-benar merasakan bahawa sudah tidak ada banyak peluang untuk hidup.

Lantas beliau meminta kebenaran untuk kembali kepada keluarga dan rakan-rakan buat beberapa hari (di Mesir), untuk berjumpa mereka dan meminta maaf – pertemuan tersebut mungkin menjadi pertemuan terakhir.

Pada suatu hari, ketika berjalan, beliau melihat seorang perempuan sedang mengutip sisa tulang yang dibuang oleh pemotong daging di suatu jalan. Lalu beliau bertanya,

“Apa yang sedang engkau lakukan”

“Aku mengutip tulang buat anakku, sudah dua tahun dia tidak merasanya”

Lalu beliau berkata kepada pemotong daging tersebut supaya membekalkan daging secukupnya kepada perempuan tersebut dan anaknya – beliau akan membayarnya sepanjang tempoh setahun.

Perempuan yang dibantunya mula berdoa kepada Allah agar lelaki tersebut diberikan kesihatan, dikabulkan segala doa dan keinginannya.

Lelaki tersebut kemudian kembali semula ke Jerman untuk melalui pembedahan jantung. Ketika melakukan pemeriksaan terakhir sebelum pembedahan, doktor terkejut dan bertanya,

“Hospital mana yang telah kamu pergi?”

“Tidak, aku tidak ke mana-mana hospital”

Apa yang terjadi?

Pembuluh darah jantungnya telah benar-benar terbuka, sehingga beliau tidak memerlukan sebarang pembedahan!

Kuasanya Allah yang telah menyembuhkan, berkat sedekah yang telah beliau lakukan.

Rasulullah SAW bersabda:

Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(HR. Imam At-Thabrani – disahihkan oleh Al-Albani)

Cerita ini bukan menunjukkan bahawa kita hanya perlu bersedekah apabila melalui kesusahan. Usaha untuk mengubati, berjumpa doktor, menerima rawatan masih diperlukan namun dalam masa yang sama bersedekah dan berdoalah kepada Allah, kerana hakikatnya Allah lah yang mampu mengabulkan apabila Dia berkata,

“Kun, fayakun”
(Jadi, maka jadilah!)

Advertisement

Laut.

Sajak Mursyid untuk dibacakan pada hari *Jumaat 4hb Februari 2022*

*KALAULAH LAUT ITU NERAKA*

Kalaulah Neraka itu macam laut,
sudah cukup mengerikan.
Kalaulah Neraka itu macam laut,
sudah cukup menakutkan.
Kalaulah Neraka itu macam laut,
rasa tercabut sendi-sendi tulang.
Kalaulah Neraka itu macam laut,
sudah cukup menginsafkan.
Betapa tidak.
Lihatlah, renunglah!
Luasnya tidak dapat dicapai oleh mata.
Dalamnya tidak dapat hendak dikata.
Ombaknya melambung, membumbung, menggulung, menghempas, memulas ganas.
Suaranya menggerunkan, menggoncangkan jantung.
Menelan apa saja.
Sebanyak mana pun habis dibahamnya.
Kalau Neraka yang betul-betul,
Neraka itu bagaimana agaknya?
Tentu jauh lebih dahsyat dari itu.
Ia paling menakutkan dari segala yang menakutkan.
Ia paling menggerunkan dari segala yang menggerunkan.
Dalamnya menggerunkan hati.
Barang yang jatuh, 70 tahun baru sampai di bawahnya.
Panasnya 70 kali kepanasan api dunia.
Luasnya tidak dapat dikira.
Di dalamnya 19 uporang Malaikat Zabaniah
yang bengisnya tidak ada taranya,
mencemeti manusia setiap waktu.
Siapa yang tahan menanggungnya?
Suaranya menggerunkan hati.
Waktu ditanya pada Neraka, sudahkah kamu kenyang?
Adakah tambahan lagi!
Aku mahu lagi!
Aku belum kenyang lagi.
Begitulah jawapan api.

*IMAM MURSYID WONOSOBO*

Jam: 9.20 malam
Prabumulih, Sumatera.
03.02.1990